PENYAMPAI popular berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Wan Chik Daud, 80, dilapor terlantar sakit dan kini hanya mampu berbaring.
Dipetik laporan Metro, Wan Chik yang juga pelakon dikatakan menghidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh.
Menurut portal itu lagi, mujur Wan Chik kini dijaga rapi pembantu rumah, Fauziah di rumahnya dekat Lembah Keramat, Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lalu.
“Pendengarannya masih jelas dan penglihatan juga masih terang.
Dia juga masih boleh bercakap tetapi dengan nada suara perlahan seakan berbisik. Dia masih mengingati dan mengenali kawan-kawan yang datang menziarah semalam," kata Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zuraini Kassim yang berkunjung ke rumah Wan Chik semalam.
Sebagao rekod, Wan Chik pernah berlakon dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem Do Re Mi ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur.
Selepas itu, dia meneruskan kerjaya bersama RTM sehingga bersara.
Kesihatan Wan Chik terganggu selepas mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarham M Rajoli pada 2010.
0 Comments