Bas kene telan lubang, 6 maut 10 hilang


ENAM penumpang sebuah bas terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh kedalam sebuah lubang benam.

Kejadian yang berlaku di luar sebuah hospital di China itu turut beberapa pejalan kaki turut dilapor terjatuh kedalam lubang besar yang mengakibatkan letupan.

Media penyiaran negara itu CCTV melaporkan, insiden berlaku sekitar jam 5.30 petang Isnin lalu di Xining, bandar utama wilayah Qinghai.

Setakat laporan itu, kira-kira 10 orang dilapor masih hilang, manakala 16 orang telah dibawa ke hospital.

Sebelumnya satu rakaman dikongsikan pelayar laman sosial yang menunjukkan orang ramai di sebuah perhentian bas melarikan diri dari jalan raya yang runtuh, ketika bas separuh tenggelam ke dalam tanah.

Beberapa orang hilang di dalam lubang benam itu ketika ia merebak semakin besar, termasuk seorang yang kelihatan sebagai seorang kanak-kanak.

Insiden membabitkan lubang benam bagaimanapun bukanlah perkara asing di China, Ia dilapor sering berlaku susulan kerja-kerja pembinaan dan perkembangan pembangunan yang pesat di negara ini.

Pada 2016, sekurang-kurangnya tiga orang terjatuh ke dalam satu lubang benam besar di wilayah tengah Henan, yang menelan satu bahagian jalan raya dan orang awam. Ssiasatan awal menunjukkan kejadian runtuh mungkin berpunca daripada paip air yang dibina di bawah jalan raya pecah akibat hujan.

Pada 2013, lima maut ketika sebuah lubang benam seluas 10 meter muncul di pagar sebuah estet perindustrian di Shenzhen.

Post a Comment

0 Comments