4 cedera, kilang meletup di Shah Alam


EMPAT warga tempatan mengalami lecur susulan kejadian sebuah kilang gentian kaca meletup di Shah Alam semalam.

Insiden itu disahkan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor yang mengesahkan kejadian itu berkata, kesemua empat mangsa terlibat berusia lingkungan umur 40an.

Seorang daripada mangsa jelasnya mengalami lecur 75 peratus badan, manakala tiga lagi mengalami 50 peratus lecur.

Tambah Hafisham, pihaknya menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 5.16 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira jam 5.18 petang.

"Kejadian letupan berlaku dalam bangunan dan mengakibatkan kebakaran di tingkat satu," katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya lagi, kesemua mangsa terlibat dibawa ke hopital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

"Mangsa telah dibawa menaiki ambulan yang berada di lokasi kejadian sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian," katanya.

Post a Comment

0 Comments