RM1 juta baik pulih kemudahan Air Terjun Kota Tinggi


AIR TERJUN Kota Tinggi ditutup buat sementara waktu kepada pengunjung dan orang ramai.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Mohd Fauzei Mohd Ali yang dopetik Johorkini berkata, penutupan itu bermula 15 Disember lalu sehingga dimaklumkan kelak.

Katanya, penutupan itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja baikpulih dijalankan di sekitar kawasan Air Terjun Kota Tinggi selepas tragedi banjir yang melanda pusat rekreasi berkenaan baru-baru ini.

Beberapa kemudahan di sekitar kawasan perkelahan popular itu sebelum ini rosak teruk susulan susulan fenomena ‘kepala air’ akibat hujan lebat dan banjir yang melanda daerah itu baru-baru ini.

Video berkaitan insiden itu sebelum ini turut tular di media sosial.

Sementara itu tambah Fauzei, MDKT telah memohon peruntukan sebanyak RM1juta dari kerajaan negeri untuk kerja baikpulih kemudahan di Air Terjun tesebut.

Permohonan itu jelasnya dibuat memandangkan Tahun Melawat Johor 2020 terlalu hampir dan pihaknya tidak mahu menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke kawasan itu.

“Lagi beberapa hari sahaja kita akan masuk ke tahun baru dan menyambut Tahun Melawat Johor 2020 jadi pihak MDKT telah pun memohon peruntukan melalui exco pelancongan.

“Kejadian banjir ini berlaku pada 15 Disember menyebabkan kemudahan-kemudahan di pusat rekreasi ini rosak akibat hentaman banjir.

“Peruntukan yang dimohon itu adalah untuk kerja-kerja menurap kembali jalan, baik pulih parit, meja, tandas serta semua yang merangkumi semua aspek kemudahan awam,” katanya lagi.

Antara kerosakkan yang berlaku membabitkan tempat duduk, meja, parit-parit, jalan masuk ke air terjun dan lain-lain lagi.
 

Post a Comment

0 Comments