SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam tali air di Kuala Bagan Tiang dekat Parit Buntar, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Jamil Jaafar, 31 tahun, lemas dalam kenderaan dinaikinya, namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.
![]() |
Keadaan kereta yang dipandu mangsa |
Tambah Sanusi, apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam tali air berkenaan.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Comments