SERAMAI 280 pengundi awal terdiri dari anggota dan pegawai Polis Diraja malaysia (PDRM) menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, hari ini.
Proses pengundian itu dilaksana di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, dengan dua saluran lain dibuka iaitu N55 Pekan Nanas, dan N66 Kukup.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata, saluran N55 Pekan Nanas dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang ini.
Manakala saluran N66 Kukup ditutup pada pukul 1 petang.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh memaklumkan terdapat 18 anggota yang mengundi untuk saluran satu iaitu N55 Pekan Nanas, manakala 262 lagi mengundi di saluran dua untuk N56 Kukup.
Jumlah ini termasuk 30 anggota dan pegawai yang bertugas di luar kawasan dan 14 pesara polis.
Calon bertanding antaranya dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia Wendy Subramaniam, BN - Wee Jeck Seng dan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Karmaine Sardini dilapor hadir membuat tinjuan di pusat mengundi.
0 Comments