PEGAWAI Konsular kedutaan Malaysia di Peru, Syed Ahmad Naufal Syed Isa memberi amaran keselamatan di negara Bolivia.
Memetik laporan media, Syed Ahmad menasihatkan agar rakyat Malaysia yang merancang untuk melancong ke negara Amerika Selatan itu menangguhkan perjalanan .
Amaran itu dibuat susulan keadaan keselamatan dan ketegangan politik di negara itu.
"Kami menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan niat mereka untuk ke Bolivia buat masa ini, sehingga keadaan di Bolivia kembali tenang," katanya dipetik.
Bolivia terjerumus dalam kancah kekacauan apabila penunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya presiden pada Oktober lalu yang menyaksikan Evo Morales mengumumkan kemenangannya untuk penggal keempat.
Morales kemudian dipaksa meletak jawatan pada Ahad selepas menerima tekanan daripada pihak tentera dan polis.
Pada Selasa beliau tiba di Mexico selepas diberikan suaka politik. Naib Speaker Kedua Senat, Jeanine Anez, mengumumkan dirinya sebagai presiden sementara.
Difahamkan, semua aktiviti di negara ini telah lumpuh dengan kebanyakan jalan-jalan ditutup selain beberapa penerbangan dibatalkan.
Sebagai rekod, Malaysia tidak mempunyai kedutaan di Bolivia. Justeru, Kedutaan Malaysia di Peru ditauliahkan serentak ke Bolivia.

0 Comments