SATU status dimuat naik Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin di laman Facebook semalam dipercayai ramai sebagai menyindir seorang menteri Kabinet.
Tanpa mengaitkan nama sesiapa, status itu yang menyentuh isu hutang yang tidak berbayar dipercayai ada kaitan dengan laporan media sebelum ini berhubung tindakan sebuah agensi pelancongan yang memfailkan saman di Mahkamah terhadap Mohamed Azmin Ali.
"Hutang pelajaran tak bayar. Hutang kereta tak bayar. Sekarang hutang percutian pula tak bayar. Maruah Melayu apa?" tulisnya.
Terdahulu, Sarawak Report melaporkan tindakan agensi pelancongan itu yang memfailkan writ saman terhadap Timbalan Presiden KEADILAN itu kerana tidak membayar bil tertunggak bagi urusan perjalanan keluarga dan perjalanannya peribadinya.
Ia termasuk percutian mewah keluarga Azmin ke Magribi pada penghujung tahun lalu serta beberapa urusan perjalanan lain dalam tempoh enam bulan lalu.
Menurut agensi itu, Azmin tidak membayar sejumlah RM328,901 hutan kepada syarikat itu walaupun telah dituntut dan tindakan itu telah menyebabkan perniagaan mereka mengalami kerugian dan kerosakan.
Azmin ketiak diasak media baru-baru ini berkata akan membayar jumlah yang dia berhutang itu.
0 Comments