SEORANG nelayan dikhuatiri lemas apabila hilang ketika keluar menangkap ikan di Bagan Lalang, dekat Sepang petang semalam.
Lelaki dikenali sebagai Dol Naik, 50-an, Orang Asli berasal dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong itu sebelumnya dilaporkan keluar menangkap ikan dengan sebuah bot gentian kaca.
Difahamkan, bot dinaiki Dol kira-kira dua kilometer dari pantai Bagan Lalang kira-kira jam 6.45 dalam keadaan kosong, namun mangsa tidak dijumpai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Azrul Faizal Maariff, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan nelayan itu daripada polis dan tiba di lokasi mangsa dipercayai hilang pada 8.40 malam.
“Berdasarkan maklumat, mangsa dilaporkan keluar ke laut pada jam 11 pagi dan kejadian mungkin disebabkan mata rawai tersangkut pada pakaian mangsa dan dihanyutkan arus,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Anak tiri mangsa, Mohd Amran Abdullah, 45, berkata kebiasaannya mangsa akan pulang sebelum jam 7 petang jiak turun ke laut.
Keluarga kini jelasnya berserah dan redha akan sebarang ketentuan.
Sementara itu usaha mencari dan menyelamat (SAR)) dihentikan sementara susulan keadaan gelap dan disambung semula pagi ini.
“Sehingga malam ini, seramai 10 anggota bomba ditugaskan di tempat kejadian dengan dibantu polis, Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Pencarian akan ditumpukan di bahagian tengah laut kerana ketika kejadian air laut mulai surut dan berkemungkinan mangsa dibawa air ke tengah laut," tambah Azrul dipetik.

0 Comments