SEBUAH pesawat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dilapor berpatah balik sebaik berlepas demi keselamatan penumpang.
Memetik laporan media, pesawat dengan kod penerbangan MH360 yang sebelumnya dijadual menujuk ke Beijing, China pada petang semalam itu kembali mendarat di Lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Laporan itu turut membuat semakan di laman web penerbangan, flightradar24.com dan mendapati pesawat yang seharusnya tiba ke Beijing pada jam 12.20 malam semalam dilihat berlegar di ruang udara Selat Melaka.
Malaysia Airlines Berhad (MAS) berkata, juruterbang MH360 mengambil keputusan tidak meneruskan penerbangan ke Beijing dan berpatah balik ke KLIA demi kepentingan keselamatan penumpang.
“Namun, disebabkan masalah teknikal membabitkan gear pendaratan, juruterbang MH360 mengambil keputusan berpatah balik dan tidak meneruskan penerbangan ke Beijing seperti dijadualkan.
“Pesawat itu selamat mendarat semula di KLIA, 9.03 malam tadi selepas tiga jam berlepas,” katanya dalam kenyataan.
Susulan masalah dialami MAS mengambil keputusan menggantikan pesawat terbabit dengan pesawat lain yang berlepas dari KLIA, 12.30 malam tadi dan selamat tiba di Beijing, 6.35 pagi tadi.
"MAS juga mengambil tanggungjawab menyediakan makan malam kepada semua penumpang pesawat terbabit sebelum mereka berlepas ke Beijing menaiki pesawat lain.
“Tindakan tidak meneruskan perjalanan MH360 ke Beijing dan menggantikannya dengan pesawat lain itu dibuat berikutan dasar MAS yang mengutamakan keselamatan sepanjang masa dan syarikat memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan dihadapi.
Pada 8 Mac 2014, MH370 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing tetapi hilang secara misteri dengan 239 orang di atas kapal. Sehingga hari ini pesawat berkenaan belum dijumpai.
0 Comments