PEMINAT Program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) malam tadi dikejutkand engan penyingkiran kumpulan Jambus dari pentas saingan itu.
Kumpulan itu yang dianggotai oleh Tauke dan Tapai Kiut itu terpaksa akur dengan keputusan juri yang menyingkirkan mereka setelah tampil dengan persembahan yang dianggap kurang menyengat yang menyaksikan mereka berada pada kedudukan terbawah.
Dalam saingan minggu kelima bertemakan kerjaya yang bersiaran langsung dari Royal Theatre Shah Alam itu, kumpulan Rojak, Puteh dan peserta solo Rahmet turut berada di kedudukan terbawah.
Bagaimanapun mereka terselamat dan masih berpeluang meneruskan persaingan pada minggu keenam bersama J-Born, Bocey, Zero, Smart, Rare dan Stone.
Sementara itu kumpulan Smart terus mengungguli anugerah Oppo Punchline Machine apabila sekali lagi terpilih sebagai pemenang.
Manakalan Rare pula diumumkan sebagai Flamintoz Kumpulan Paling Syok menerusi persembahan mantap yang memikat hati barisan juri terdiri daripada Najib Ali, Inul Daratista, Lisa Surihani dan Datuk Jamal Abdillah.
0 Comments