SEKUTU Umno dalam Barisan Nasional tidak senang apabila isu bendera membabitkan seorang pemimpin mereka dikaitkan dengan parti itu.
Jurucakap parti itu dalam satu kenyataan mengkritik tindakan warganet yang mendedahkan identiti Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Luo Choon Hann sebagai penyokong kuat parti berkenaan.
“Kami mengecam mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Presiden MABA dengan MCA terutama Facebook, Friends of DAP yang cuba memburukkan imej MCA dengan hanya menggunakan beberapa keping gambar untuk memberi gambaran seolah-olah Presiden MABA adalah orang kuat Ahli Parlimen Tanjung Piai, Wee Jeck Seng dan Presiden MCA, Wee Ka Siong.
“Jalur Gemilang pantang dicabar dan dihina! Usahlah kaitkan MCA dengan tindakan sebegini.
"Sikap penyokong DAP ini memang tidak matang dan hanya tahu bermain kotor. Fitnah nak kenakan MCA biarlah ada standard sikit,” kata Mike Chong Yew Chuan.
Terdahulu, warganet berkongsikan gambar Choon Hann bersama Ahli Parlimen Tanjung Piai dan presiden MCA semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu. Tindakan itu susulan penyebaran video berdurasi 1 minit 42 saat yang mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin televisyen stadium ketika satu majlis perasmian.
![]() |
Salah satu komen warganet |
Sebagai rekod, Choon Hann dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan semalam, dia dilapor menyalahkan kontraktor IT atas kesilapan bendera tersebut.
0 Comments