SEBUAH loji kimia di Texas meletup dan menyebabkan bebola api besar kelihatan di langit
Memetik laporan AFP, Video dramatik dan gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan letupan besar, sehingga pihak berkuasa mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk.
Seorang saksi berkata, letupan sangat kuat sehingga sehingga memecahkan cermin dan membuatkan beliau terbangun.
“Kami bangun dan mendapati kaca berselerak dan sebahagian siling runtuh dan pintu diterbangkan.” kata Ryan Mathewson yang tinggal dua minit dari loji itu di Port Neches, berhampiran Houstin
Mathewson, 25, berkata susulan insiden itu, beliau dan keluarganya terkejut dan merasa sangat takut.
Hakim Jeff Branik memberitahu laman berita tempatan, KFDM News, tiada kematian dilaporkan dan cuma tiga orang mengalami cedera ringan.
Manakala jurucakap Pejabat Sherif pula berkata, sekurang-kurangnya dua orang tercedera telah dibawa ke hospital.
TPC Group, yang mengendalikan loji berkenaan, berkata letupan berlaku dalam apa yang dikatakan ‘unit memproses’ kira-kira jam 1.00 pagi waktu tempatan.
“TPC Group mengaktifkan Pelan Tindak Balas Kecemasan dan meminta bantuan daripada Jabatan Bomba Port Neches dan Huntsman.
“Keadaan berterusan tetapi berjaya dikawal secepat mungkin dan selamat,” kata kenyataan dari mereka.
0 Comments