Kelantan dijangka banjir akhir bulan ini.



FENOMENA hujan lebat dan air pasang serentak dijangka akan mengakibatkan negeri Kelantan dilanda banjir pada penghujung November ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, jangkaan itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan dan Persediaan Banjir antara agensi Isnin lalu.

“Dalam mesyuarat itu, tarikh 23 sehingga 26 November ini dijangkakan akan banjir di Kelantan," katanya.

Tambah Hasanuddin lagi, susulan itu para pegawai dan anggota menjalani latihan fizikal serta mental untuk menghadapi musim banjir kali ini bagi memastikan usaha menyelamat kelak dapat dijalankan dengan lancar.

"Pihak berkuasa sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjalankan misi menyelamat mangsa banjir.

“Lebih 10 bot diperuntukkan dalam menghadapi bencana banjir di Kelantan dan kelengkapan itu akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung pada keperluan.

“Selain usaha menyelamat mangsa, pihak berkuasa juga akan mengadakan pemantauan bagi mengelakkan kejadian jenayah berlaku ketika mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS),” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments