HUKUMAN mati terhadap seorang bekas tukang masak kerana membunuh seorang pelajar perempuan empat tahun lalu dikekalkan.
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed semalam.
Dalam keputusannya, panel berkata mahkamah telah meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mendapati Syarafi Abu, 29, telah menyebabkan kecederaan maut terhadap Nur Syuhada Johari.
"Kami tidak melihat apa-apa kesilapan di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rayuan. Kami mendapati tidak ada sebab yang munasabah untuk mengubah keputusan mahkamah sebelum ini," kata Azahar ketika menolak rayuan akhir Syarafi terhadap sabitan dan hukuman mati.
Tambahnya, Mahkamah Tinggi seelum ini telah membuat kesimpulan bahawa Syarafi yang menyebabkan kecederaan maut itu terhadap si mati.
Terdahulu, peguam Syarafi membangkitkan persoalan adalah sama ada si mati menikam dirinya sendiri.
Seorang ahli patologi yang melakukan post mortem terhadap si mati mendapati kematiannya disebabkan oleh satu luka tusukan di leher menyebabkan pendarahan teruk.
Syarafi didapati bersalah atas pertuduhan membunuh Nur Syuhada, 20, pelajar Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang semasa di dalam sebuah kereta ketika berada di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan di Bukit Gantang pada 2 Februari 2015.
Hakim-hakim lain yang bersidang dalam prosiding semalam ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

0 Comments