HUAWEI kini memperkenalkan satu lagi peranti terbaru keluarannya yang boleh dikategorikan dalam kelas pertengahan.
Huawei Y9s menawarkan skrin paparan sebesar 6.59 inci pada resolusi HD+ dan dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 6GB bersama jumlah storan 128GB yang boleh ditambah dengan menggunakan microSD.
Bakal dijual bermula minggu depan dengan harga dibawah harga RM1000, ia sudah pasti boleh menjadi pertimbangan buat anda yang mahu sebuah peranti lengkap pada harga yang berpatutan.
Walaupun peranti ini didakwa diasaskan dari model Honor 9X, namun ia nyata membawakan banyak ciri berbeza.
Tidak seperti peranti sedia ada yang meletak pengimbas cap jari dibahagian hadapan atau belakang, pengimbas cap jari pada peranti ini diintegrasi pada butang kuasa di bahagian tepi.
Dari segi kemampuan, ia didakwa mampu membuka membuka kunci dengan kadar masa 0.3 saat.
![]() |
Ditawarkan pada harga dibawah RM1000 |
Ia juga membawakan kamera swafoto bahagian hadapan jenis pop-naik dengan keupayaan 16 megapiksel yang memberikan kesan bersih pada paparan hadapan.
Manakala kamera belakang dilengkapi dengan konfigurasi tiga lensa dengan kamera utama 48 megapiksel (MP) lensa ultra lebar 120 darjah dengan resolusi 8 MP dan lensa depth effect 2 MP.
Seperti peranti premium Huawei yang lain, Huawei Y9s turut dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mencantikkan gambar yang dirakam.
Bagi kuasa baterinya pula, Huawei Y9s didatangkan dengan bateri sebesar 4,000mAh yang mampu bertahan seharian. Malah kini menyokong pengecasan pantas 10w dengan port type C.
Dari segi perbandingan, ia boleh diletak sebaris bersama Oppo A9 dan Samsung A50s
Lebih menarik jack audio 3.5mm di peranti ini masih dikekalkan bagi memenuhi kehendak pengemar musik.
0 Comments