DUA individu yang belum diketahui identiti mereka rentung apabila kenderaan dinaiki mereka musnah terbakar.
Dalam kejadian di Kilometer 262.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Seremban/Labu petang Rabu, kenderaan dinaiki dua mangsa itu dilaporkan terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di bahu kiri lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, akibat kemalangan itu, kenderaan jenis van berkenaan telah terbakar.
Mangsa yang berada dalam kenderaan tersebut gagal keluar menyelamatkan diri.
“Kemalangan berlaku ketika sebuah van jenis tidak dikenal pasti dipandu satu lelaki bersama satu penumpang lelaki sedang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara lebuh raya.
![]() |
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa |
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Moktar berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.16 petang.
Katanya, api marak telah memusnahkan kenderaan itu sehingga 100 peratus.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 , manakala mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tunku Jaafar Seremban.
0 Comments