KEJAM! ialah gambaran yang boleh disimpulkan apabila seorang wanita sanggup mencekik sehingga mati seorang bayi tidak bersalah.
Dalam kejadian di sebuah apartmen di Batu Caves minggu lalu itu, bayi perempuan berusia tiga minggu itu maut dan ibunya kritikal selepas dipercayai ditikam dengan pemutar skru.
Penyerang, seorang wanita mendakwa ibu berkenaan mempunyai hubungan dengan suaminya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, bayi itu dilapor tidak sedarkan diri ketika ditemui manakala ibunya cedera parah di kepala.
"Kedua-duanya dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan dan bayi itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi, Selasa (19 November).
"Ibunya yang cedera di bahagian kepala pula masih lagi koma," jelasnya seperti dilapor Bernama.
Susulan itu, sepasang suami isteri berusia 27 dan 25 tahun bersama pembantu wanita berusia 19 tahun ditahan pada hari kejadian.
Ia bagi membantu siasatan dan mereka direman sehingga Ahad untuk siasatan lanjut.
"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
"Polis turut merampas pemutar skru yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," tambah Fadzil.
Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati wanita terbabit bertindak menyerang ibu berkenaan kerana cemburu.
0 Comments