ANAK kepada pelawak, Ali Puteh iaitu Sharifah Ainul Mardhiah berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pagi ini.
Ainul sebelum ini mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang juga anggota kumpulan Puteh berkata, dia sekeluarga reda dengan ketentuan Allah SWT.
“Sedekahkan al-Fatihah buat anak syurga ini. Tunggu walid dan ibu di sana.Tidurlah sayang. Rehatlah sayang.
“Syurga tempat mu sayang. Allahuakbar,” tulisnya di Instagram.
Ainul yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan dan pernah menjalani pembedahan berikutan ada masalah injap jantung terbalik.
Difahamkan, Ainul sebelum ini berada dalam keadaan kritikal apabila bergantung sepenuhnya dengan mesin bantuan pernafasan.
Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen
0 Comments