SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan RM2 juta diterima Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwa sebagai sumbangan politik kepada Umno untuk dua Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak sampai kepada parti itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim ketika prosiding di Mahkamah Tinggi memberitahu wang sumbangan seorang ahli perniagaan dinamakan sebagai Chai Kin Kong dikesan terhenti di Tadmansori Holdings Sdn Bhd, di mana Tengku Adnan ialah pemegang saham majoriti.
“Tiada bukti RM2 juta dipindahkan kepada ibu pejabat Umno atau bahagian Kuala Kangsar atau Sungai Besar untuk dibelanjakan pada pilihan raya kecil ketika itu.” kata Julia dipetik FMT.
Tengku Adnan yang juga bekas menteri Wilayah Persekutuan ketika era UMNO didakwa menerima RM2 juta daripada Chai, walaupun tahu syarikat ahli perniagaan itu mempunyai urusan dengan kementeriannya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun dan denda.
Terdahulu, peguam Tan Hock Chuan yang mewakili Tengku Adnan ketika prosiding mendakwa sumbangan politik bukan satu jenayah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
"Pihak pembelaan mendakwa Tengku Adnan mendahulukan wang itu kepada Umno untuk membiayai kempen PRK, tetapi tiada bukti ia datang daripada RM2 juta itu.
“Kami anggap tertuduh mengambil wang itu menggunakan helah sumbangan politik, tetapi ia untuk manfaat dirinya.” tambah Julia.
Tengku Adnan juga dakwanya turut memalsukan sekeping resit bagi RM2 juta itu selepas dia ditahan SPRM tahun lalu.
Sementara itu tambah Julia, Tengku Adnan tahu mengenai pelakuan jenayah itu. menurutnya Tengku Adnan turut mempelawa beberapa syarikat Chai menyertai pembinaan rumah di Kuala Lumpur.
“Permohonan untuk menyertai projek itu diserahkan sendiri oleh Chai kepada tertuduh,” katanya sambil menambah pemimpin Umno itu turut mengarahkan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjual tanah dan meluluskan permohonan lain bagi projek perumahan bermula.

0 Comments