Dua angkasawan wanita cipta rekod


DUA angkawasan wanita Amerika Syarikat (AS) yang keluar daripada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Jumaat, dianggap sebagai mencatatkan satu rekod baharu.

Ia adalah kerana pertama kali misi sepertinya dijayakan oleh angkasawan wanita.

Agensi berita Xinhua berkata angkasawan NASA, Christina Koch dan Jessica Meir menggunakan baju angkawasan yang dikuasakan bateri kira-kira 7.38 pagi sebelum keluar ke angkasa lepas.

Mereka ditugaskan untuk menggantikan peranti kawalan kuasa pada penggalak, yang rosak pada 11 Oktober lalu dalam misi selama tujuh jam dan 17 minit.

Alat yang diganti itu difahamkan berfungsi sebagai mengumpul dan mengagihkan kuasa solar kepada makmal angkasa lepas berkenaan.

Selain, menggantikan alat berkenaan, mereka turut melakukan tugasan lain termasuk memasang peralatan bagi menyokong sebuah platfofm luar bagi modul Columbus yang dijadual dilancarkan ke stesen berkenaan pada tahun depan.

Misi keluar dari kapal angkasa itu adalah yang ke-221 dalam usaha memasang stesen angkasa lepas berkenaan, membaik pulih serta melakukan kerja-kerja menaik taraf dan yang kelapan membabitkan di luar stesen berkenan pada tahun ini.

Post a Comment

0 Comments