AMK bimbang projek K'jaan Swak jadi projek gajah putih


SIASATAN
menyeluruh dan terperinci perlu dilakukan terhadap projek bas hidrogen oleh Kerajaan Sarawak.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) negeri dalam satu kenyataan mendakwa projek oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu kini ibarat ‘indah khabar dari rupa’.

“Amat sukar diterima oleh akal yang waras apatah lagi memandangkan gas hidrogen untuk kegunaan bas-bas tersebut sepatutnya dibekalkan oleh Sarawak Energy.

“Ini amat membimbangkan malah menjadi bukti wujudnya kecuaian dan menyerlahkan ketidakupayaan pihak berwajib memenuhi tugas dan tanggungjawab,” kata kenyataan itu.

AMK merujuk merujuk artikel akhbar Utusan Borneo yang melaporakan tiga bas hidrogen milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) kini ‘tersadai’ kerana tidak ada bahan bakar untuk membolehkannya bergerak.

Bas yang ditempah khas dari China itu sepatutnya sudah mula beroperasi untuk kegunaan orang ramai pada 15 September.

AMK melalui kenyataan itu turut mempersoalkan jumlah kos keseluruhan sebenar yang sehingga kini tidak didedahkan kepada umum.

Kos itu kata mereka melibatkan bayaran kepada Foshan Feichi Automobile yang membekalkan tiga unit bas berkeaan dan kepada Linde Fox Sdn Bhd yang merupakan “rakan kerjasama” Sarawak Energy.

Difahamkan Linde Fox Sdn Bhd dilantik untuk membina dan mengendalikan loji dan stesen mengisi hidrogen di Bintawa,Kuching.

Mereka juga mempersoalka adakah sebarang kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) sebelum membeli bas tersebut dan/atau kajian kos-faedah (cost-benefit analysis) telah dilakukan pihak kerajaan negeri dan mengapa hasil mana-mana kajian tersebut tidak dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak sedangkan ia menggunakan dana awam.

“Walaupun Sarawak Energy berikrar bahawa pengeluaran hidrogen di loji dan bekalan hidrogen di stesen isian semula akan beroperasi semula selesai kerja-kerja pemulihan dan penambahbaikan, Namun tiada jaminan dari segi tempoh masa yang diberikan .

"Tiada siapa boleh menidakkan kemungkinan bahawa proses membaikpulih ini berpotensi mengambil masa lebih lama dan menelan belanja lebih dari yang sepatutnya.

“Jika bas–bas hidrogen ini tidak diselenggara dengan baik, berkemungkinan besar akan tersadai lagi dan bakal menjadi satu lagi gajah putih yang juga merupakan mercu tanda kegagalan Kerajaan GPS (dulunya Barisan Nasional), tegas kenyataan itu

 

Post a Comment

0 Comments