TINDAKAN terburu-buru seorang pemandu lori simen untuk memasuki sebuah tapak pembinaan di Pelabuhan Utara membawa padah apabila dirempuh sebuah lokomotif.
Dalam kejadian yang tular di media sosial melalui rakaman video semalam , pemandu lori itu dilihat ingkar arahan berhenti walaupun telah diarahkan seorang lelaki dipercayai kakitangan di tapak pembinaan tersebut.
Lori itu yang dipandu lelaki 43 tahun dilihat tetap cuba melintas landasan walaupun lokomotif itu semakin menghampiri.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang mengesahkan kejadian itu berkata, rempuhan tersebut telah menyebabkan lori terbalik. muatan simen dibawa turut tumpah.
![]() |
Rempuhan menyebabkan lori terbalik |
"Lokomotif itu mengalami rosak di bahagian enjin hadapan dan tiada kecederaan pada pemandunya yang berusia 58 tahun," katanya dipetik.
Sementara itu, Shamsul Amar berkata, kes itu kini disiasat oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengikut Akta Keretapi 1991.