PARTI Umno dilapor telah memfailkan writ saman terhadap tiga bekas pemimpin parti itu yang kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
Mereka iaitu Mustapa Mohamed, Hamzah
Zainuddin dan Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa oleh Umno sebagai telah
melakukan pecah amanah, melanggar kontrak dan dua tuduhan lain.
Mereka meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu selepas PRU15
The Malaysian Insight yang memetik sumber
mendakwa writ saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
manakala selebihnya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan pada Selasa.
Saman tersebut dilapor telah dikemukakan
Setiausaha Eksekutif Umno Mohd Sumali Reduan bagi pihak parti itu dan
Barisan Nasional (BN).
“Ya, writ saman difailkan semalam
terhadap Mustapa (Jeli), Ikmal (Tanah Merah) dan Hamzah (Larut) di
mahkamah,” lapor portal berkenaan.
Mustapa dan Hamzah pernah dilantik
sebagai menteri ketika era pemerintahan Umno-BN sebelum parlimen
dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan pada 9 Mei lalu.
Ikmal Hisham pula adalah bekas exco Pemuda Umno Malaysia.
Mereka meninggalkan Umno dan menjadi ahli parlimen bebas buat sementara sebelum memohon menyertai Bersatu.
Dua lagi tuduhan yang dikaitkan kepada mereka ialah pengayaan tidak wajar serta jangkaan sah.
0 Comments