KERAJAAN Selangor mahu terus fokus memajukan lagi negeri itu bagi kesejahteraan rakyatnya.
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pihaknya mahu memberi perhatian serius terhadap proses digitalisasi dan perhubungan lancar lima industri utama yang direncana dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Sesi Libat Urus penyediaan RMK12 di Shah Alam |
Namun tambahnya, Kerajaan Persekutuan wajar membantu dengan meneliti dan memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan misi Selangor itu dapat dilaksana.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan persekutuan dapat memastikan capaian internet berkapasiti tinggi di Selangor dipertingkatkan.
“Selangor antara negeri dengan jaringan internet paling meluas iaitu 89.2 peratus, namun jaringan wayar tembaga perlu ditukar ke gentian optik dalam usaha mencapai 100 peratus.
“Diharapkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dapat memberikan perhatian terhadap perkara ini,”katanya.
Amiruddin sebelumnya menyampaikan ucapan alu-aluan ketika Sesi Libat Urus penyediaan RMK12, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama Kerajaan Selangor, di Shah Alam.
0 Comments