4 sesat di hutan Fraser Hill ditemui



KINI semakin ramai rakyat Malaysia terlibat dengan sukan mencabar. Satu diantaranya ialah aktiviti mendaki gunung. Ada dikalangan peminat aktiviti ini menjelajah seluruh dunia untuk melepas ‘gian’ mereka.

Aktiviti ini bukan sahaja menuntut persediaan mental yang tinggi, malah persediaan asas juga perlu dititik beratkan kerana pendaki ada masanya terpaksa menempuh perjalanan dalam hutan.

Antara cabaran yang perlu ditepuhi | Sumber- Google
Jika kurang berhati-hari, kita berisiko untuk sesat atau cedera.

Pagi tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menyelamatkan empat individu, termasuk dua wanita yang sesak ketika mendaki Twin Peak di Bukit Fraser.

Mereka yang berusia 18 hingga 22 tahun itu dilapor sesat sejak petang semalam dan hanya ditemui pada jam 8.45 tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, pihak polis menerima panggilan petang semalam memaklumkan terdapat empat individu tidak keluar dari trek pendakian selepas masuk pada jam 1 tengah hari, Isnin lalu.

BACA: Tragedi Bukit Batu Condong

Susulan itu, seramai tiga anggota bomba dan dua anggota polis digerakkan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi tadi.


Mangsa dibawa turun | Sumber- Sinar
“Sebelum itu, tujuh rakan mereka keluar dari trek pendakian pada jam 5.30 petang semalam, namun, mendapati empat rakan mereka gagal keluar.

“Kita berjaya menemui mereka dan memberikan rawatan serta makanan sebelum memulakan perjalanan turun dari lokasi mereka ditemui itu” katanya dipetik.

Puncak Twin Peak terletak di ketinggian 1448 meter, Ia Ia berada di sempadan diantara dua buah negeri iaitu Pahang dan Selangor.

Sementara itu difahamkan, ketika ditemui dua mangsa wanita mengalami kecederaan terseliuh di buku lali, manakala dua lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.


Post a Comment

0 Comments