B-18 AFF 2019: Skuad Malaysia tewaskan Singapura


SKUAD bolasepak bawah 18 tahun Malaysia (B-18) menemui semua rentak permainan sekaligus membuka kembali harapan mara ke separuh akhir kejohanan B-18 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2019.

Dalam pertarungan di Stadium Thong Nat, Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam malam tadi, skuad bimbingan Bard Maloney itu menewaskan Singapura 3-1 pada aksi kedua Kumpulan B.

Seawal minat keenam, Muhammad Firdaus Kaironnisam membuka jaringan awal skuad negara selepas menyempurnakan hantaran Muhammad Azam Azmi Murad dari tengah padang. skuad negara itu mendahului 1-0 pada babak pertama.

Walaupun skuad negara melancarkan beberapa serangan ke kubu Singapura, namun ia sukar dibolosi. Namun Firdaus bijak mengambil kesempatan dari kesilapan pemain pertahanan Singapura, Danial Scott Critchton untuk menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-51.

Singapura berjaya menjaringkan gol melalui Muhammad Zamani Md Zamri pada minit ke-75 bagi merapatkan jurang dengan Malaysia. Bagaimanapun Luqman Hakim Shamsudin mengesahkan tiga mata penting skuad negara pada minit ke-88.

Malaysia dijangka menentang Kemboja, Ahad ini, sebelum melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Australia pada 13 Ogos dan Thailand, dua hari kemudian.

Post a Comment

0 Comments