Sah mayat Nora Anne




MAYAT wanita berkulit cerah yang dijumpai siang tadi disahkan sebagai Nora Anne Quoirin.


Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop berkata, ia berdasarkan pengecaman ketas mayat dibuat keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.


Melalui satu sidang akhbar di HTJ sebentar tadi, Mohamad berkata, bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat Nora Anne pagi nanti bagi mendapatkan punca sebenar kematian remaja berkenaan.


“Bedah siasat mayat Nora Anne akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Kuala Lumpur,“ jelasnya.

Pihak berkuasa polis bergegas ke satu lokasi berhampiran resort dimana Nora Anne dilapor hilang sejak 4 Ogos lalu susulan penemuan satu mayat.


Mayat Nora Anne tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada pukul 7.07 malam. Sebelumnya ia dibawa dengan helikopter dari satu lokasi berhampiran tempat mayat itu dijumpai.


Ahli keluarga Nora Anne tiba di Jabatan Forensik HTJ kira-kira pukul 8. 40 malam tadi.

Turut kelihatan adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh serta exco kerajaan negeri, Nicole Tan Lee Koon.


Nora Anne yang berusia 15 tahun merupakan remaja yang mengalami masalah lemah pembelajaran.


Mereka sekeluarga tiba di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Post a Comment

0 Comments