MALANG nasib seorang lelaki apabila dihempap sebatang pokok ketika sedang menunggang motosikal miliknya berdekatan persimpangan lampu isyarat Jitra-Kodiang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Abdul Halim Mat Isa, 47, dilapor sedang dalam perjalanan ke Pekan Jitra.
Beliau ketika itu sedang menunggang bersendirian.
Mangsa digegaskan ke hospital | Sumber - Utusan |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd. Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai sebelum angggotanya bergegas ke lokasi berkenaan.
Orang awam yang berada di kawasan tersebut juga tampil memberikan pertolongan awal kepada mangsa.
"Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari balai bomba, bantuan segera diberikan untuk membantu mangsa yang ketika itu terbaring di celah-celah pokok tumbang," katanya dipetik.
Kebelakangan ini, angin kuat sering melanda utara semenanjung, pengguna dinasihatkan untuk lebih berhati-hati.
Manakala pihak berkuasa tempatan juga sewajarnya membuat pemantauan lebih kerap terhadap pohon-pohon dibawah seliaan mereka agar tidak membahayakan pengguna jalan raya.
Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, mangsa dilapor telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jitra petang tadi.
0 Comments