Lapan ikon dicetak atas biskut rangup Jacob's



JIKA anda pengemar biskut kraker, pasti anda mengenali jenama Jacob's.

Sejak berpuluh tahun dahulu, jenama biskut ini menjadi terkenal di negara kita kerana kerangupannya. Kelazatan biskut Jacob’s krim kraker sukar ditandingi.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, Jacob' membuat kelainan kepada produk keluarannya, lapan ikon Malaysia dipilih untuk dicetak pada biskut krim kraker original keluaran mereka.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Mondelez International (Malaysia), Raja Zalina Raja Safran berkata, kempen tersebut diadakan sebagai satu usaha menghargai segala pencapaian dikecapi oleh ikon negara dalam pelabagai bidang yang diceburi mereka.

Lapan ikon dipilih hiasi biskut Jacobs | Sumber Google
"Ini adalah cara kami meraikan sejarah negara yang kaya dan menghargai segala pencapaian dan pengorbanan rakyat Malaysia," katanya.

Lapan ikon terpilih itu ialah Tunku Abdul Rahman, Tan Sri P. Ramlee, Datuk Nicol David, Farah Ann, A. Chandramalar, Marina Ahmad, Yaashwin Sarawanan, dan Bram Lee.

"Mereka mempunyai pencapaian tersendiri dalam bidang diceburi dari segi pembangunan negara, sukan dan juga hiburan,” kata Raja Zalina dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kempen itu dilancarkan bulan ini dan berakhir pada Hari Malaysia iaitu 16 September akan datang.

Ia menampilkan lapan ikon utama negara dari pelbagai bidang menerusi iklan, lakaran biskut, sarung pek istimewa dan cenderamata peribadi kraker.
 

Post a Comment

0 Comments