ANAK perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa didakwa gagal membuat bayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.
Menurut pernyataan tuntutan writ saman difailkan Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nooryana, 31 dituduh gagal mengemuka Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Kegagalan itu menyebabkan satu taksiran mengikut Seksyen 90(3) akta sama termasuk penalti mengikut Seksyen 112(3) dibangkitkan terhadapnya melalui notis taksiran masing-masing bertarikh 15 Mac lalu.
Memetik Malaysiakini, Kerajaan sebagai Plantif mendakwa Nooryana tetap gagal membayar jumlah cukai pendapatan bagi tempoh taksiran itu dalam tempoh 30 harı dari tarikh penyampaian Notis Taksiran seperti ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Maka untuk itu, Nooryana dikenakan kenaikan cukai 10 peratus dari jumlah ditaksirkan.
Namun selepas 60 hari, defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus tersebut dan menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadapnya.
LHDN berpendapat, mereka berhak mendapatkan kembali jumlah cukai pendapatan masih terhutang serta kenaikan dikenakan terhadap defendan sebagai suatu cukai genap masanya dan perlu dibayar.
Sehubungan itu, LHDN menuntut perintah supaya Nooryana Najwa membayar cukai pendapatan berjumlah RM10,335,292.36.
LHDN turut menuntut faedah pada kadar lima peratus setahun ke atas jumlah berkenaan daripada tarikh penghakiman sehingga dibayar, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sebagai rekod, Pada 25 Jun lalu, kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Najib menuntutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.
Kerajaan turut memfailkan saman sama terhadap seorang lagi anak Najib, Mohd Nazifuddin Mohd Najib bagi menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta.

0 Comments