MAHB tak tolak ada sabotaj di KLIA


MALAYSIA
Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak menolak kemungkinan kejadian gangguan sistem di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) tempoh hari berpunca dari tindakan sabotaj.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya bagaimapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat punca kejadian itu.

"kami akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sepenuhnya," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini

Tambah MAHB, meskipun berlaku gangguan rangkaian beberapa hari lalu, ia kini semakin pulih. Mereka turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa aspek keselamatan di lapangan terbang itu masih utuh.

“Ini adalah kerana kerjasama erat pihak kami dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

“Selain itu, tahap bantuan, kerjasama dan pemahaman sewaktu gangguan ini berlaku turut diberikan daripada syarikat penerbangan yang terlibat kepada kami,” tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan, berlaku gangguan sistem di KLIA yang menyebabkan berlaku sedikit masalah di terminal itu.

Penemuan awal siasatan yang dilaksanakan oleh MAHB mendapati kejadian itu disebabkan kegagalan perkakasan rangkaian.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu kenyataan berkata, tiada sebarang aktiviti serangan siber dikesan membabitkan gangguan kepada sistem dialami di lapangan terbang itu.

Post a Comment

0 Comments