Sarimah lahirkan puteri sulung



Pelakon, pengacara dan penyanyi jelita, Sarimah Ibrahim selamat melahirkan cahaya mata sulung pada Jumaat lalu.

Berita gembira itu dikongsikan Sarimah di Instagram story-nya, beliau turut berjanji untuk berkongsikan perkembangan seterusnya.

Sarimah, 41, mengiringi setiap perkataan dituliskan dengan tanda pagar.

“Alhamdulillah, lebih banyak perkembangan akan dikongsikan.

“Tunku X sudah tiba. Puteri selamat dilahirkan. Hadiah dari syurga,” tulisnya.

Sarimah mendirikan rumah tangga bersama cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 47, pada 2016.

Sarimah turut memaklumkan, puteri sulungnya itu berkongsi tarikh lahir sama dengan moyang, Yang Dipertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada tanggal 19 Julai.

“Masa sesuai. Pagi 19 Julai, Jumaat juga merupakan tarikh lahir Duli Yang Maha Mulia Almarhum Tuanku Ja’afar Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

“Gembiranya suami. Alhamdulillah,” katanya.

Post a Comment

0 Comments