Arkitel KLCC tutup usia

César Pelli, watak utama disebalik rekaan menara berkembar Petronas dilapor meninggal dunia pada Jumaat.

Berita kematian Pelli, jurubina kelahiran Argentina yang diiktiraf sebagai seorang di kalangan sepuluh jurubina terhandal itu dilaporkan gabenor wilayah Tucuman Argentina, Juan Manzur.

“Dengan penuh kesedihan kami menerima berita kematian arkitek agung César Pelli.

“Saya ingin menyampaikan takziah kepada keluarga, rakan dan pasukan mendiang. Tidak diragukan bahawa beliau seorang pencipta dan warisannya akan kekal wujud dalam setiap karyanya,” menurut Maznur dalam kiriman di Twitternya.

Sementara itu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Pelli sebagai seorang yang penuh bersemangat.

Jelasnya, jurubina itu memberi maklum balas yang baik pada cadangan mengenai pembinaan Menara Berkembar Petronas yang diilhamkannya.

“Awalnya, rekaan asal adalah menara berbentuk segi empat sama, tetapi kami memberikan sedikit idea supaya ia menjadi menara berbucu lapan.

“Beliau kemudian menambah beberapa lagi idea dan sudut, menjadikan rekaan Menara Berkempar Petronas sangat unik dan tidak ada pada menara tinggi lain,” katanya dipetik media.

Selain Menara Berkembar Petronas, Pelli terlibat dalam pembangunan Pusat Kewangan Dunia di New York, Menara Canary Wharf di London dan projek mengubah suai Muzium Seni Moden New York.

Beliau meraiha berpuluh-puluh anugerah termasuk AIA Gold Medal 1995 yang mengiktiraf hasil pembinaan yang memberikan pengaruh berpanjangan dalam teori dan amalan seni bina

- Artikel ini disiarkan di Kartel pada 20 Julai.

Post a Comment

0 Comments