Beregu negara ke separuh akhir Terbuka Indonesia


Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berjaya menambah mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Ia selepas pasangan itu mengalahkan gandingan Tontowi Ahmad-Winny Oktavina dalam perlawanan sengit suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarta, semalam.

Memetik laporan sebuah portal, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan 21-11, 14-21, 21-14 ke atas lawan dari Indonesia itu.

Peng Soon-Liu Ying, selaku pilihan kelima kejohanan, akan berdepan dengan beregu dari China Wang Yi Lyu-Huang Dongping pada separuh akhir .

Post a Comment

0 Comments