KERAJAAN Negeri Selangor terus menggandakan usaha bagi mewujudukan persekitaran kehidupan selesa untuk rakyat di negeri itu.
EXCO
kerajaan tempatan Datuk Ng Suee Lim berkata, mulai tahun hadapan
Kerajaan Negeri akan membangunkan taman awam di seluruh kawasan
pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai Taman Rakyat Madani.
“Pencarian lokasi pembangunan bermula Januari depan dengan memastikan seluruh PBT mempunyai taman rekreasi ini,” katanya.
Sementara
itu jelasnya, Taman Rakyat Madani yang akan ditanggung kos pembinaannya
antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) dan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti wi-fi
percuma, ruang senamrobik, taici, pusat kitar semula, sudut perbincangan
dan tempat untuk pemuzik jalanan.
Perdana Menteri Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan harapannya untuk melihat
persekitaran projek perumahan rakyat lebih manusiawi, termasuk menaik
taraf 48 Taman Rakyat Madani di bandar dan pekan kecil.
Kerajaan
Selangor menerusi Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM6 juta untuk
membina dan menaik taraf taman awam di semua PBT tahun depan bagi
merealisasi hasrat tersebut.
Sementara itu Suee Lim yang juga
ADUN Sekinchan menjelaskan, KDEB Waste Management (KDEBWM) akan
menumpukan pengurusan sisa pepejal untuk memastikan taman awam yang
bakal dibangunkan kelak sentiasa bersih dan selamat.
“Kerjasama
semua pihak juga diperlukan untuk tidak melakukan vandalisme bagi
memelihara kemudahan awam yang disediakan nanti,” katanya.
0 Comments