PENGARAH
KOMUNIKASI parti KEADILAN Fahmi Fadzil akan memfailkan permohonan supaya
kes samannya terhadap tiga individu dibicarakan bersama.
Peguam
Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi telah memaklumkan perkara itu
kepada Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain pada pengurusan kes saman
itu pada Rabu.
"Pihak kami akan memfailkan permohonan itu minggu depan," kata ditemui pemberita selepas prosiding.
Saman
itu difailkan Fahmi pada September tahun lalu terhadap Wan Muhammad
Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo, Ahmad Dusuki Abd Rani dan
pemilik akaun Facebook 'N13 Kuang', Mohd Fauzan Madzlan.
Berdasarkan
pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan menyiarkan
kata-kata fitnah yang mendakwa plaintif menyalahgunakan sebuah tempat
beribadah di Rawang iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan
bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor.
Fahmi melalui pernyataan tersebut menegaskan,
kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor
sudah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan
berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.
Oleh
itu beliau menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah
injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau
menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu
Sementara itu
Asheeq Ali berkata, pihaknya akan mengemukakan tiga atau empat saksi
termasuk Fahmi untuk memberikan keterangan pada perbicaraan kes saman
itu.
Pesuruhjaya Kehakiman7 Oktober depan telah ditetapkan bagi permohonan berkenaan.
0 Comments