PM Anwar umum RM1 juta, bantu pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Kompleks Pendidikan Al-Ummah (KPU) di Ipoh..

Pada ucapannya beliau memuji usaha pihak pengurusan KPU yang telah mengumpul RM6 juta untuk projek pembangunan kompleks tersebut termasuk melalui sumbangan derma orang ramai.

"Pendidikan masjid ini, tuntutan kepada semua, maknanya kalau satu masjid didirikan hanya daripada peruntukan daripada (pihak) atas, ini tidak memenuhi semangat dan roh bahawa ia menjadi hak masyarakat.

"Untuk sekarang ini sebelum saya dapat teliti lagi, saya luluskan RM1 juta dulu," katanya.

Beliau sebelumnya menghadiri pada Lawatan Muhibbah dan Majlis Hi-Tea yang turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi KPU Mohd Nasir Kamaruddin.

Pembinaan KPU fasa satu dimulakan pada 2016 dan setakat ini menelan kos kira-kira RM6 juta dan pembinaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM35 juta.

KPU dibangunkan untuk menangani masalah kepadatan kira-kira 2,200 orang terdiri daripada murid, guru dan staf sokongan bagi prasekolah, Sekolah Rendah Islam AI-Ummah (SERI) dan Madrasah Al-Hikmah (MADAH) setelah 36 tahun beroperasi.

Sementara itu Anwar  meminta setiausaha kerajaan negeri untuk mengingatkan unit penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri mengenai peruntukan tersebut.

Beliau berjanji peruntukan tersebut akan diterima dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Post a Comment

0 Comments