KISAH
hidup dilalui pasangan kembar daif yang terpaksa melupakan hasrat untuk
menyambung pelajaran kerana terpaksa menjaga ayah yang lumpuh mendapat
perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Pengerusinya,
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya menawarkan pasangan itu
tempat di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) selain akan diberikan elaun
bulanan supaya mereka dapat meneruskan pengajian.
“Semalam, ramai tag saya berkenaan kisah pelajar kembar yang amat daif menjaga bapa lumpuh, bergantung RM750 duit kebajikan.
“Hari ini MARA tawarkan tempat di KPTM Kota Bharu beserta elaun bulanan,” katanya di media sosial.
Seorang
pengguna Facebook sebelum itu berkongsi cerita mengenai pasangan kembar
itu menjaga bapa mereka yang lumpuh sejak lima tahun lalu selepas
mengalami kemalangan.
Zarina Nawawi melalui perkongsian itu
mendakwa, pasangan kembar lelaki dan perempuan tersebut baru sahaja
menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan masing-masing mendapat
tawaran untuk menyambung pelajaran tetapi terpaksa ditolak.
Keluarga
itu yang mempunyai enam orang anak bergantung kepada bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebanyak RM750 sebulan selain wang gaji yang
diperoleh hasil pekerjaan anak sulung.
“Anak perempuan dapat
Universiti Teknologi Mara sudah lepaskan tawaran nak bagi kembar yang
lelaki peluang. Harga kemiskinan begitulah perlu pilih," katanya.

0 Comments