Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata semua rancangan
struktur Pihak Berkuasa Negeri hendaklah selaras dengan polisi
Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri Kelantan
2040 yang telah diwartakan pada 31 Disember 2020.
Tegasnya,
proses Pengubahan Rancangan Struktur Negeri Kelantan melibatkan KSAS
yang tidak menepati RFN bercanggah dengan penetapan dasar Kerajaan
Persekutuan.
Ia akan menjejaskan dasar kerajaan dalam mencapai
50 peratus keluasan tanah berhutan di Semenanjung Malaysia selaras
dengan polisi RFN dan turut dibimbangi akan menjejaskan status Taman
Negara Kelantan selain menjejaskan rangkaian ekologi Central Forest
Spine dan keseimbangan ekosistem di negeri itu.
“NRECC sentiasa
komited dalam memastikan sumber hutan dan kepelbagaian biologi kita
terus dijaga, diuruskan secara mampan dan digunakan secara
bertanggungjawab.
“Kementerian berpandangan bahawa kawasan
sensitif alam sekitar ini sedia ada di Negeri Kelantan hendaklah terus
dikekalkan dalam Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur Negeri,
Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) bagi memastikan
pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian biologi serta kemampanan alam
sekitar HSK di Negeri Kelantan dapat dipelihara,” katanya dalam satu
kenyataan.
Justeru Nik Nazmi menegaskan kementerian dan jabatan
serta agensi berkaitan akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Kerajaan
Kelantan.
Kerajaan Negeri Kelantan dalam Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan pada 21 Oktober lalu telah memutuskan
supaya HSK kecuali kawasan punca air atau tadahan air tidak lagi
diklasifikasikan sebagai KSAS.
Pelaksanaan keputusan ini masih di peringkat draf Pengubahan Rancangan Pemajuan di Negeri Kelantan.
Sementara
itu jelas Nik Nazmi, kawasan KSAS terutama di Gua Musang merupakan
habitat Harimau Malaya, gajah, seladang dan tapir yang akan terjejas
selain mengganggu pergerakan hawain terbabit ke Perak, Pahang dan
Terengganu.
Kehilangan habitat akan meningkatkan konflik manusia
dan hidupan liar yang menyebabkan kerugian akibat kemusnahan hasil
tanaman dan kerosakan harta benda selain kehilangan nyawa.
Aktiviti
guna tanah pula jelasnya akan memberi kesan kepada pergerakan sedimen
ke dalam sistem sungai yang menyumbang kepada kekeruhan air dan turut
menyebabkan kejadian banjir.
Penebangan hutan yang tidak terkawal hasil daripada pengubahsuaian KSAS juga akan menyumbang kepada bencana alam.
“Selama
lebih dari satu dekad, Kelantan masih menghadapi isu banjir kilat dan
fenomena itu dilihat semakin serius disebabkan oleh kemusnahan hutan
akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Hutan berperanan sebagai
“span semulajadi” dalam menyerap air hujan.
“Oleh itu, pokok
memainkan peranan penting dalam menghalang aliran sedimen dan
mengekalkan air, menjadikannya komponen penting dalam memelihara
persekitaran yang stabil,” katanya.
0 Comments