CYBERTROOPER TikTok Pro Perikatan Nasional (PN) Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali Ratu Naga dipanggil Bukit Aman.
Ia bagi membantu siasatan berhubung hantaran didakwa berbaur fitnah disebarnya terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Terdahulu KEADILAN cabang Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial termasuk Ratu Naga yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.
Ia susulan manipulasi gambar @b.netanyahu yang memuat naik gambar bersama isteri-isteri pemimpin Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) termasuk Wan Azizah yang menghadiri minum petang bersama isteri Presiden Amerika Syarikat bersempena UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat, pada 21 September lalu.
Laporan polis dibuat oleh Ketua Wanita PKR cabang iaitu Jamilah Syed Mohamed di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
Ratu Naga berkata, beliau dipanggil hadir pada jam 10 pagi dan akan hadir ke Bukit Aman bersama peguamnya.
0 Comments