Kerajaan komited selesai isu fasiliti komunikasi di S'wak


KERAJAAN
Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus komited memperkasa masyarakat menerusi tranformasi digital seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil sempena lawatan kerja ke Sarawak berkata, usaha itu bagi merapatkan jurang digital di negeri itu selain memastikan rungutan yang sering diadukan penduduk dapat diselesaikan.

Mengulas masalah telekomunikasi di Sarawak, beliau telah melihat sendiri fasiliti di menara telekomunikasi Kampung Trombol, Kuching yang berdepan masalah naked tower (menara satelit tanpa peralatan telekomunikasi)

Dipetik laporan media, Ketua Penerangan KEADILAN itu memberi jaminan untuk segera meneliti bentuk tindakan dan usaha menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau turut akan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil semua syarikat telekomunikasi bagi membincangkan jalan penyelesaian kepada isu tersebut.

"Antara sebab saya ingin datang melihat sendiri keadaan ini ialah untuk mencari jalan penyelesaian... untuk ada Internet berkualiti, kita perlukan menara yang ada kuali... ada kuali, insya-Allah kita dapat Internet berkualiti," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian JIWA Kita MADANI pada Sabtu.

Kerajaan komited bawa pembangunan
Sementara itu beliau berkata perancangan terbaharu untuk negeri Sarawak kini melibatkan kajian teknikal untuk memasang alat telekomunikasi di 42 tangki air aras tinggi bagi memastikan liputan dapat diperluas.

Pembangunan jaringan komunikasi di Sarawak akan dijadikan contoh untuk dilaksanakan di negeri-negeri lain di Malaysia.


Post a Comment

0 Comments