"Gelombang Hijau' makin lemah, kerjasama PH-BN pula makin kukuh

 


DAKWAAN  pembangkang kononnya wujud 'gelombang hijau' bagi mengambarkan kebangkitan Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang dilihat semakin lemah dan tidak kelihatan.

Ketua Penerangan KEADILAN negeri, Senator Amir Md. Ghazali mendakwa beliau percaya propaganda bagi menarik sokongan politik itu akan lenyap menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebaliknya katanya, kekuatan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO dilihat semakin kuat, malah sokongan padu yang ditonjolkan menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan juga kian meningkat.

“Seandainya kerusi DUN Penanti tidak diwakili calon KEADILAN sekali pun, kita akan tetap bersedia untuk memberikan kerjasama terbaik bagi membantu calon UMNO memenangi kerusi yang dipertandingkan asalkan Kerajaan Perpaduan kekal mentadbir negeri ini,” katanya.

Beliau sebelumnya ditemui pemberita ketika hadir pada majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama DUN Penanti di Dataran Rakyat Taman Guar Perahu, di Permatang Pauh.

Yang hadir sama,, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said; Setiausaha KEADILAN negeri, Datuk Zulkefly Saad dan ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin.

Sementara itu tambah Mohd. Zaidi, suasana muhibah dapat dirasai menerusi jalinan kerjasama antara UMNO dan PH dalam memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

PH - BN akan jadi gabungan terkuat
“Ini merupakan detik bersejarah kerana sebelum ini, pasti ada saja ketegangan yang berlaku setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU).

“Saya bersyukur kerana suasana yang dirasai kini lebih muhibah sekali gus membuktikan kesediaan kita mendepani PRN kali ini,” katanya.

Post a Comment

0 Comments