Kerajaan terus fokus kebajikan rakyat, tak layan spekulasi negatif


KERAJAAN
Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini disifatkan sebagai utuh dan berfungsi secara baik serta fokus dalam usahanya memulihkan ekonomi selepas pendemik.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, desas-desus yang mengatakan kerajaan sedia ada akan digulingkan tidak dilihat sebagai ancaman.

Berbanding melayan desas-desus itu, kerajaan tegasnya lebih menumpukan tanggungjawab lebih besar untuk rakyat dan negara.

"Saya tidak melihat adanya ancaman daripada pihak luar terhadap Kerajaan Perpaduan ketika ini, saya juga enggan melayan dan tidak mahu memberikan sebarang maklum balas terhadap desas-desus (kononnya Kerajaan Perpaduan) ketika ini (akan tumbang seperti didakwa dan tular di media sosial).

"Fokus kami sekarang adalah untuk memulihkan semula ekonomi, membantu rakyat terutama selepas pandemik COVID-19, kestabilan politik, memakmurkan ekonomi, menjaga kebajikan rakyat adalah fokus kami (Kerajaan Perpaduan) ketika ini," katanya.

Kerajaan lebih utamakan isu rakyat
Saifuddin sebelumnya ditemui pemberita selepas sesi Lawatan Kerja dan Penyampaian Bingkisan Raya kepada pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bertugas sempena Op Pagar Laut di Kapal Maritim (KM) Burau semalam.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita berhubung desas-desus ada gerakan oleh beberapa Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan kerajaan.
 

Post a Comment

0 Comments