WALAUPUN dilihat lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin pembangkang didakwa tidak berani berdepan Perdana Menteri ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada ucapan penggulungan di Kongres Nasional Khas parti itu di Shah Alam semalam.
Menurutnya, pada setiap Selasa ketika sidang Dewan Rakyat, Anwar akan hadir ke Parlimen untuk menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen melalui sesi soal jawab perdana menteri (PMQ), namun tiga pemimpin utama pembangkang iaitu Hamzah Zainudin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang tidak pernah hadir.
“Belum pernah dalam sejarah Parlimen perdana menteri mengadakan sesi dikenali sebagai PMQ ini. Ahli Parlimen boleh tanya apa sahaja, perdana menteri akan jawab.
Tak guna berlagak hero tapi pengecut |
Saifuddin turut menyifatkan mereka hanya nampak hero di luar Dewan Rakyat dengan retorik membela bangsa dan agama tetapi tidak sanggup berdepan dengan perdana menteri di Parlimen.
0 Comments