MENTERI KESIHATAN Dr Zaliha Mustafa mengingatkan petugas dan pengamal perubatan di sektor awam memberi rawatan tanpa mengira kod etika pakaian mahupun latar belakang pesakit.
Bercakap di Dewan Rakyat pada Khamis, Dr Zaliha berkata langkah itu waja kerana setiap petugas perubatan telah mengangkat ikrar ‘Hippocratic Oath’ termasuk kesediaan membantu pesakit sebaiknya.
“Saya maklum mengenai perkara ini termasuk perkara lain yang tular baru-baru ini. Berkemungkinan ia berlaku akibat masalah komunikasi.
“Kita akan ambil tindakan segera bagi mengelak keadaan daripada berulang jika terima sebarang aduan mengenainya,” katanya.
Ahli Parlimen Sikijang itu sebelumnya menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Bakhtiar Wan Chik (HARAPAN-Balik Pulau) sama ada rawatan akan diberi kepada pesakit yang tidak memenuhi kod etika pemakaian ketika hadir ke fasiliti kesihatan awam.
Sementara itu, Dr Zaliha ketika menjawab soalan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang mendakwa ada Klinik Kesihatan (KK) melarang pesakit menggunakan khidmat klinik berkenaan selepas persempadanan semula pilihan raya menegaskan bahawa petugas kesihatan memenuhi pendekatan ‘No Wrong Door Policy’
Beliau mengingatkan anggota kesihatan di ‘triage’ atau kaunter pendaftaran untuk tidak menolak kehadiran mana-mana pihak yang ingin mendapatkan rawatan.
![]() |
Klinik diingatkan jangan tolak pesakit |
“Jika benar berlaku, mohon buat aduan dan kita akan siasat serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
0 Comments