Malaysia Madani: PM tak mahu ada kumpulan rasa dipinggirkan

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa negara ini perlu menghentikan obsesi untuk mengukur kejayaan semata-mata melalui pembangunan ekonomi dan angka.

Bercakap semasa pada program Membangun Malaysia Madani di Putrajaya hari ini, Anwar menegaskan pembangunan nilai kemanusiaan dikalangan rakyat negara ini juga penting.

“Obses ini terhadap angka pertumbuhan, angka pelaburan asing, semua jenis angka tanpa menekankan kesannya kepada rakyat secara holistik; itu pada saya, tidak membantu.

“Itulah sebabnya saya bercakap tentang ekonomi kemanusiaan kerana ia akan menolak prinsip kapitalisme tidak terkawal yang diamalkan oleh kita,” katanya.

Mengulas lanjut visi yang mahu dibawakan melalui konsep Malaysia Madani itu perdana menteri menegaskan beliau tidak mahu mana-mana masyarakat di negara ini merasa ketinggalan atau terpinggir.

Tegasnya walaupun tunggak Malaysia adalah sebagai sebuah negara yang mejoriti rakyatnya adalah orang Melayu dan menekankan penekanan kepada prinsip Islam, namun perlu diakui Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum.

“Kita tidak mahu negara ini maju tetapi kumpulan rakyat tertentu, sama ada kaum minoriti atau miskin atau di luar bandar atau di Sabah atau Sarawak, masih ketinggalan.

“Apa yang terancam bukan soal kaum. Yang terancam, kalau ada rasa mendesak dan tertekan adalah pemimpin yang korup dan sombong.

Semoga membuka lembaran baharu
“Mudah-mudahan, kita dapat memperbaiki perkara ini dalam catatan sejarah dan memulakan lembaran baru,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu walau bagaimanapun mengakui bahawa sememangnya terdapat keperluan untuk membangunkan perkara berkaitan majoriti bumiputera Melayu tanpa menyebabkan kumpulan minoriti di negara ini yang merasakan ada usaha bersepadu untuk meminggirkan mereka.
 

Post a Comment

0 Comments