Phahrolrazi dan penyokong intai parti lain dalam HARAPAN

 


BEKAS pengerusi Amanah negeri Kedah Phahrolrazi Zawawi kini sedang mengintai parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk dijadikan platform menyambung perjuangannya.

Beliau yang dipecat dari Amanah bulan lalu dipetik laporan media menegaskan dirinya bersama kira-kira 200bekas ahli parti itu tidak tidak berminat menyertai semula PAS atau mana-mana parti dalam Perikatan Nasional (PN).

“Kita buat keputusan untuk sertai salah satu parti dalam HARAPAN juga, tapi buat masa ini kita tak umum dulu parti mana.

“Kita tidak berminat kembali kepada PAS atau parti dalam gabungan PN,” katanya menurut laporan FMT.
 
Ditanya sama ada tindakan pihaknya ingin menyertai parti HARAPAN lain akan menyebabkan gabungan itu berpecah, ADUN Alor Mengkudu itu berkata, perpindahan parti dalam kalangan pemimpin dan penyokong gabungan itu bukan perkara baru memandangkan bekas wakil rakyat Amanah sebelum ini menyertai parti lain termasuk KEADILAN.

“Sebenarnya isu perpindahan parti dalam HARAPAN sudah berlaku di Johor, Selangor sebelum ini melibatkan wakil rakyat Amanah masuk parti lain (KEADILAN) dalam gabungan.

“Dalam HARAPAN tiada ketetapan bahawa tak boleh berlaku perpindahan. Apabila tak sehaluan dengan parti A, boleh pergi ke parti B, ia tak dianggap satu permusuhan sebab masih lagi satu gabungan,”  jelasnya.

Phahrolrazi tak minat sertai PN
Phahrolrazi dipecat daripada Amanah pada 30 Okt setelah didakwa melanggar perlembagaan parti Amanah dengan mengingkari keputusan parti dan melakukan perbuatan bertentangan kepentingan parti.

Difahamkan, selain Phahrolrazi yang dipecat, lebih 200 individu termasuk Speaker Amanah Kedah Kassim Mat Isa dan timbalannya Jamil Che Dan, Ketua Pemuda Negeri Mohd Ridzwan Arshad Ahmad serta hampir seluruh kepemimpinan Pemuda Amanah negeri meninggalkan parti itu.

Post a Comment

0 Comments