Parti sertai MoU mahu pastikan kestabilan politik - Fahmi


TINDAKAN beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berterusan menabur 'fitnah' terhadap kerajaan berhubung memorandum perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani gabungan parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan diselar Fahmi Fadzil.

Fahmi yang merupakan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, serangan Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yassin dan Naib Ketua Srikandi parti itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mendakwa perjanjian itu bersifat diktator adalah kemunafikan politik.

Ini kerana jelasnya, laungan diktator tidak dibangkitkan ketika HARAPAN menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik kwtika pentadbiran Ismail Sabri sebelum ini.

"Kami dalam HARAPAN memahami keperluan kestabilan kerajaan, maka itu antara sebab mengapa kami memilih untuk menandatangani MoU itu.

"Inilah cara terbaik untuk mewujudkan kestabilan kerajaan pasca Parlimen tergantung, supaya kita boleh fokus selesaikan masalah rakyat terutama isu kos sara hidup serta memacu ekonomi untuk membangunkan Malaysia.

"Sudah-sudahlah menabur bibit pertikaian dan kebencian melampau. Kita move on, fokus khidmat bakti dalam apa jua jawatan yang dipegang, demi masa depan Malaysia," katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Jumaat lalu, lima gabungan parti politik  menandatangani MoU di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

MoU itu dimeterai Setiausaha Agung HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung Gerakan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Masidi Manjun; Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, dan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr.

Antara syarat dalam dokumen perjanjian Kerajaan Perpaduan itu ialah mengikat mana-mana Ahli Parlimen yang gagal, enggan dan cuai untuk mengekalkan keabsahan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian di Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka serta-merta.

Pemimpin PN digesa henti pertikai semua benda
Dokumen itu antara lain menjelaskan, setiap parti gabungan hendaklah mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan dan atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan keabsahan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu Fahmi yang juga adalah Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) menegaskan MoU yang ditandatangai itu adalah langkah yang tepat untuk menunjukkan pimpinan faham apa yang mesti diusahakan dalam mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Post a Comment

0 Comments