Fitnah RM15 juta: Anwar heret Pengerusi PN ke Mahkamah

 


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM hari ini memfaikan saman fitnah terhadap Pengerusi Bersatu, Mahiaddin Md Yassin yang didakwa memfitnahnya berhubung dakwaan menerima bayaran RM15 juta ketika menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Saman fitnah difailkan melalui peguam cara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Anwar.

Anwar dalam saman itu menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin, yang dinamakan sebagai defendan.

Beliau turut memohon injunksi untuk menghalang pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu daripada terus menyebut, menulis, menerbitkan, atau mengedarkan kata-kata fitnah yang disangkal, atau kata-kata yang mempunyai kesan sama atau serupa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa Mahiaddin membuat fitnah terhadapnya pada 5 Dis dalam kempen bagi calon PN Azman Nasrudin di Taman Selasih, Kulim, menjelang pilihan raya Parlimen Padang Serai.

Kenyataan itu antara lainnya menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur.

Ia turut memberikan gambaran palsu bahawa beliau seorang pendosa, pembohong, tamak, dan munafik.

Rakaman kenyataan itu yang disebarkan di TikTok telah mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan, dikongsi 2,169 kali, mendapat 21,400 “like” serta 6,061 komen.

Pada 7 Disember, Pejabat Menteri Besar Selangor menyangkal dakwaan Muhyiddin dan sebaliknya mendedahkan bahawa Anwar hanya dibayar simbolik RM1 setahun sebagai penasihat dan perkara itu telah direkodkan secara rasmi dalam Hansard DUN, katanya.

Walau bagaimanapun Anwar mendakwa keseluruhan ucapan Muhyiddin kemudian terus disiarkan di Facebook pada 8 Dis walaupun surat tuntutan telah dihantar kepada peguamnya sehari sebelumnya.

Anwar dah beri peluang Mahiaddin mohon maaf
Pada tarikh sama mengeluarkan surat tuntutan yang memberi Muhyiddin tempoh tiga hari untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat.

Namun difahmkan Mahiaddin tidak memenuhi tuntutan dikemuka terhadapnya.

Post a Comment

0 Comments